Showing posts with label Teknologi Dalam Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Dalam Pendidikan. Show all posts

Reka Bentuk Pengajaran

Category: By M@Ha KaRy@

REKA BENTUK PENGAJARAN

1. Apa itu reka bentuk pengajaran?

Terdapat tiga definisi iaitu:

i. Konsep RP Disck & Reiser (1989) : Proses sistematik merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
ii. Richey (1986) : Sains mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian & penyelenggaraan yang boleh memudahkan pembelajaran.
iii. Gustafon (1991): Bilik Darjah, Produk, Sistem

2. Apa pentingnya reka bentuk pengajaran kepada seorang guru?

i. Mewujudkan pengajar yang kompiten dan bermutu.
- Menghasilkan guru yang mempunyai visi dan objektif yang teratur dan berpandu dan seterusnya mewujudkan sebuah proses pembelajaran yang benar-benar mantap.

ii. Menghasilkan proses pembelajaran berkesan dimana murid-murid tahu apa yang cuba disampaikan oleh guru dan gambaran awal mengenai tajuk yang dibincangkan.
iii. Membantu mewujudkan keyakinan & kepercayaan antara guru dan murid.
iv. Pengajaran berjalan lancar dengan penglibatan pelajar yang aktif.
v. Memudahkan proses penilaian.


3. Apakah perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran guru pada masa kini.

Perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran guru ialah
i. kekuatan intelek
ii. kepemimpinan berwibawa
iii. kemurnian akhlak
iv. kesediaan untuk berubah
v. minat dan cinta terhadap profesion
Setiap faktor tersebut saling berkait rapat, serta bergerak serentak dan beriringan. Oleh itu, semua guru harus menghayati dan mengamalkannya bagi memartabatkan profesion keguruan masa kini yang semakin mencabar.

Dari segi kekuatan intelek, guru hendaklah cemerlang melaksanakan tugas asasi semasa mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lancar jika guru menguasai kandungan subjek diajar serta berketerampilan dalam kemahiran pedagoginya. Guru-guru haruslah sentiasa membudayakan amalan membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat digunakan semasa proses pengajaran.

Di samping itu, guru juga perlu mempunyai pengetahuan umum yang baik dan terkini agar keperluan guru akan kekal relevan dengan tuntutan perubahan semasa.
Oleh kerana kepemimpinan adalah dinamik dan sentiasa berubah, maka sekolah perlu bertanggungjawab melengkapi diri dengan pendekatan, strategi, kaedah dan juga teknik kepemimpinan, pengurusan serta pentadbiran terkini, termasuk model kepemimpinan instruktional. Di sekolah, pengetua, guru besar dan guru penolong kanan adalah ‘pemain utama’ yang menggerakkan segala aktiviti.

Selain itu, guru pula bertanggungjawab terhadap kepemimpinan P&P serta perkembangan sahsiah pelajar. Malah, guru harus sedar bahawa mereka menjadi contoh dan model kepada pelajar, ibu bapa dan komuniti yang sentiasa memandang tinggi pada warga pendidik .
Bagi menjamin imej keguruan masa kini, guru haruslah berfikiran global, bermentaliti kelas pertama, memiliki `towering personality’ serta tidak terjebak dalam sebarang kes jenayah dan salah laku. Sebarang sikap dan mentaliti negatif perlulah diubah agar dapat membentuk insani yang lebih bermutu. Guru mesti bersedia untuk 'learn, relearn and unlearn' dan menjadi warga pendidik sehingga ke akhir hayat.

Bagi mengukuhkan lagi pengajaran guru, minat serta kecintaan mendalam terhadap bidang keguruan merupakan satu keperluan dan kepentingan pendidikan menuntut satu juta pengorbanan yang tinggi. Secara tidak langsung, ia akan mencetus keinginan dan juga dorongan untuk menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh bertanggungjawab.

4. Model ASSURE mengandungi 6 langkah. Sila nyatakan dan terangkan.

A - Analisis pelajar
S - Nyatakan objektif
S - Pilih, buat atau baiki.
U - Gunakan media dan bahan
R - Libatkan pelajar dalam pembelajaran
E - Penilaian atau semak semula

Penerangan :

A- Analisis pelajar

Ciri-ciri am - menilai, umur, kumpulan etnik, jantina, rohani, emosi, fizikal, atau masalah-masalah sosial, sosioekonomi, dan
sebagainya.

Kecekapan spesifik - pengetahuan asas, kemahiran-kemahiran, dan sikap.

Gaya belajar - lisan, logik, visual, muzikal, berstruktur, dan sebagainya.

S- Nyatakan objektif

Mulakan pengajaran dengan menulis objektif-objektif pengajaran anda. Objektif-objektif adalah hasil-hasil pembelajaran, iaitu, apa yang akan pelajar perolehi selepas pengajaran?

Objektif-objektif tulisan adalah:

i. Peserta - siapa pelajar-pelajar anda?
ii. Demostrasi
iii. Tingkah laku pelajar akan diperhatikan

S- Pilih, Buat atau Baiki

Kaedah-kaedah pendidikan yang terpilih, perantaraan, dan bahan-bahan

Bila anda sudah memahami pelajar-pelajar anda, seharusnya anda telah memperoleh
satu idea yang jelas mengenai tahap dan kemampuan mereka dalam pengajaran.
Kemudian anda bolehlah memilih:

i. Kaedah pendidikan yang anda berasa adalah paling sesuai untuk memenuhi objektif - objektif untuk pelajar-pelajar keterangan ini.

ii. Perantaraan begitu akan paling baik sewaktu bekerja dengan kaedah anda yang pendidikan, objektif-objektif, dan pelajar-pelajar anda. Media boleh menjadi teks,imej pegun, merakamkan pada video, suara, dan multimedia komputer.

U- Gunakan Media dan Bahan

Sekarang adalah masa untuk memulakan aktiviti pengajaran dan guna media dan bahan-bahan yang anda mempunyai terpilih. Anda harus pratonton sentiasa bahan-bahan sebelum menggunakan mereka dalam satu kelas dan anda harus juga menggunakan peralatan dalam untuk kepastian pendahuluan kerja-kerja ia dan anda tahu bagaimana menggunakan ia.

R- Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Pelajar-pelajar menjadi terbaik apabila mereka terlibat dengan aktif dalam pembelajaran. Pelajar pasif mempunyai pembelajaran lebih kompleks. Oleh itu, guru haruslah cuba memahami pelajar seperti ini dahulu sebelum memulakan proses P & P. Apa pun strategi pendidikan anda, ia seharusnya dapat menggabungkan soalan-soalan dan jawapan-jawapan, perbincangan, kerja kumpulan, dan cara-cara lain agar pelajar-pelajar dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Terpulang kepada anda, untuk memastikan semua pelajar mempunyai peluang yang mencukupi untuk menyertai dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.


E - Penilaian atau semak semula

Peringkat terakhir ini seringkali diabaikan, tetapi ia adalah sesuatu yang penting. Sesiapapun boleh membangunkan satu pengajaran dan menyampaikannya, tetapi guru-guru yang baik mestilah selalu mengkaji semula pengajarannya, objektif-objektif, strategi pendidikan, bahan-bahan pendidikan, dan penilaian dan menentukan sekiranya unsur-unsur pengajaran ini adalah berkesan atau tidak.


 

Sejarah Perkembangan Fotografi

Category: By M@Ha KaRy@

Sejarah Perkembangan Fotografi

* Tahun 1000

Al Hazen, seorang pelajar berbangsa Arab menulis bahawa citra (gambar) dapat dibentuk dari cahaya yang melewati sebuah lubang kecil.

* Sekitar 400 tahun kemudian

Leonardo da Vinci, juga menulis mengenai fenomena yang sama. Seandainya tulisan da Vinci diterbitkan, kemungkinan ia dianggap sebagai penemuan prinsip kerja kamera.

* Tahun 1558

Battista Delta Porta, dianggap sebagai perintis prinsip kerja kamera melalui buku tentang Camera Obscura yang diterbitkannya. Kemungkinan karyanya berdasarkan pada penemuan-penemuan da Vinci.

* Awal abad 17

Ilmuwan Itali, Angelo Sala menjumpai bahawa apabila serbuk perak nitrat dikenakan cahaya, warnanya akan berubah menjadi hitam. Bahkan saat itu, dengan komponen kimia tersebut, ia telah Berjaya merakam gambar-gambar yang tak bertahan lama. Masalah yang belum diatasinya ialah cara menghentikan proses kimia setelah gambar-gambar dirakam agar kekal.

* Tahun 1727

Johann Heinrich Schuize, profesor farmasi dari Universiti di Jerman, telah mengesahkan bahawa komponen perak nitrat menjadi hitam kerana cahaya dan bukan disebabkan oleh haba (panas).

* Sekitar Tahun 1800

Thomas Wedgwood, seorang lelaki berbangsa Inggeris, membuat eksperimen untuk merakam gambar positif dari citra melalui lensa pada camera obscura (sekarang lebih dikenal dengan sebutan 'Kamera') tetapi hasilnya sangat mengecewakan. Akhirnya beliau mengkaji bagaimana untuk membuat gambar-gambar negatif (yang kemudiannya dikenali sebagai "Fotogram') pada kulit atau kertas putih yang telah diletakkan komponen perak dan menggunakan cahaya matahari sebagai penyinaran.

* Tahun 1824

Akhirnya seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Joseph Nieephore Niepee, seorang “lithograpf” Berjaya menghasilkan gambar kekal pertama yang disebut "FOTO" (tanpa menggunakan kamera), melalui proses yang disebutnya : HELIOGRAVURE ( proses kerjanya mirip prinsip kerja lithograf) dengan menggunakan sejenis aspal (yang disebutnya Bitumen of Judea) sebagai bahan kimia utama. Kemudian beliau menggunakan kamera dan terdapat sumber mengatakan bahawa Niepee sebagai orang pertama yang menggunakan lensa pada kamera obscura.

* Agustus 1827

Setelah beberapa ketika, Niepee berjumpa dengan Louis Daguerre, seorang lelaki Perancis yang juga seorang pelukis. Mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan foto melalui penggunaan kamera.

* Tahun 1829

Niepee secara rasmi bekerjasama dengan Daguerre, namun, setelah beberapa lama, Niepee meninggal dunia (tahun 1833).

* 7 Januari 1839

Dengan bantuan seorang ilmuwan, Daguerre mengumumkan hasil penelitiannya selama ini kepada Akademi Ilmu Pengetahuan Perancis. Hasil kerjanya yang berupa foto-foto yang kekal itu disebut "DAGUERRETYPE". Saat itu Daguerre telah memiliki foto studio komersial, dan Daguerretype tertua yang diciptanya pada tahun 1837 masih wujud sehingga kini.

* Juni 1840

Talbot memperkenalkan Calotype, satu sistem yang dipertingkatkan daripada sistem sebelumnya dan juga berfungsi untuk menghasilkan negatif diatas kertas.

* Oktober 1847

Abel Niepee de st.Victor memperkenalkan penggunaan kaca sebagai dasar negatif untuk menggantikan kertas.

* Januari 1850

Seorang ahli Kimia Inggeris, Robert Bingham, memperkenalkan penggunaan Collodion sebagai emulsi foto, yang pada waktu itu popular dengan sebutan "WET-PLATE Fotografi". Setelah mengalami pelbagai perkembangan dan penyempurnaan, penggunaan “filem gulung” mulai diperkenalkan.

* Juni 1888

George Eastman, rakyat Amerika, telah membuat revolusi fotografi dunia melalui hasil penelitiannya sejak tahun 1877. Beliau menjual produk baru dengan mereka “KODAK”, sebuah kamera kecil dan ringan, yang telah berisi gelung filem (dengan bahan kimia perak Bromida) untuk 100 “exposure”. Bila seluruh filem digunakan, kamera (berisi film) dihantar ke perusahaan Eastman untuk diproses. Setelah itu, kamera dikirimkan kembali dan telah berisi gelung filem yang baru.

Hingga kini

Perkembangan fotografi terus mengalami peningkatan dan berevolusi menjadi filem-filem digital yang termoden adalah tanpa menggunakan gelung filem.

Fungsi dan Komponen Asas Kamera

Fungsi Kamera

Kamera adalah sebuah alat yang mengarahkan bayangan yang difokuskan oleh lensa/sistem optik lain keatas permukaan foto sensitif yang berada dalam tempat tetutup/filem.

Komponen asas kamera

Sebuah kamera terdiri daripada:

  • Kotak yang kedap cahaya (badan kamera)
  • Sistem lensa
  • Pemantik potret (shutter)
  • Pemutar film

Badan kamera

* Badan kamera adalah ruangan yang sama sekali kedap cahaya, namun dihubungkan dengan lensa dimana menjadi satu-satunya tempat cahaya akan masuk.

* Di dalam bahagian ini cahaya yang difokuskan oleh lensa akan diatur agar tepat mengenai dan membakar filem.

* Di dalam kamera untuk tujuan seni fotografi, biasanya ditambahkan beberapa tombol pengatur, antara lain:

  • Pengatur ISO/ASA Film.
  • Shutter Speed.
  • Aperture (Bukaan Diafragma).

Sistem lensa

* Sistem lensa dipasang pada lubang depan kotak, berupa sebuah lensa tunggal yang terbuat dari plastik atau kaca, atau sejumlah lensa yang tersusun dalam suatu silinder logam.

* Disamping lensa biasa, terdapat juga lensa sudut lebar (wide lens), lensa sudut kecil (tele lens), dan lensa variabel (variable lens, atau juga dikenali dengan istilah lensa zoom).

Pemantik Potret

* Tombol pemantik potret atau shutter dipasang di belakang lensa atau di antara lensa.

* Kebanyakan kamera SLR mempunyai mekanisme pengatur waktu untuk memungkinkan mengubah-ubah lama bukaan shutter.

Bahagian sampingan

* Mekanisme memutar filem gulungan agar bahagian-bahagian filem itu bergantian dapat disingkapkan pada objek

* Mekanisme fokus yang dapat mengubah-ubah jarak antara lensa dan film,

* Pemindai komposisi pemotretan (range finder) yang menunjukkan apa saja yang akan terpotret serta apakah objek utama akan terfokuskan

* lightmeter untuk membantu menetapkan kecepatan pemetik potret dan atau besarnya bukaan, agar banyaknya cahaya yang mengenai film cukup tepat sehingga diperoleh bayangan atau gambar yang memuaskan.

Kelebihan:

1.Gambar yang dihasilkan cukup terang meskipun cahayanya minimum.

2.Bentuk yang kecil, ringan dan padat

3.Automatik sepenuhnya.

4.Kamera tidak menggunakan cermin didalamnya.

5.Boleh dioperasikan dengan menggunakan “flash”.

Kelemahan:

1.”Flash” yang “built in” pada badan kamera menyebabkan foto yang dihasilkan menjadi “red eyes reduction”.

2.Objek yang di tangkap fotonya dilihat melalui “view vinder” yang terpisah dari lensa sehingga memungkinkan pengambilan gambar pada saat lensa tertutup.

3.Pengaruh pemakaian filter tidak tampak jika di lihat dari view vinder.

4. Oleh kerana lensa menjadi satu dengan badan kamera maka lensa tidak dapat diganti dengan jenis yang lain.

5.Ralat Paralaks, iaitu ketidaksesuaian gambar yang dihasilkan berbeza dengan gambar yang dilihat melalui view vinder.

6.Tidak boleh beroperasi untuk pengambilan gambar “Close up”.

 

Contoh Media 2D & 3D

Category: By M@Ha KaRy@

Pilih satu media sama ada 2D atau 3D dan bincangkan penggunaannya dalam P & P dengan menggunakan satu topik.


















Dengan menggunakan sukatan KBSR Sains Tahun 4 mengenai topik “Bumi dan Alam Semesta” , saya akan menerangkan secara teperinci tentang Sistem Solar, ciri-ciri setiap planet yang terdapat di dalam Sistem Solar dan keistimewaan planet bumi dalam Sistem Solar. Selain mengajar mengikut kaedah konvesional, saya juga boleh menggunakan alternatif lain untuk mempelbagaikan teknik penyampaian agar pengajaran saya lebih bermakna serta berkesan.

Antara kaedah alternatif tersebut adalah dengan menggunakan bahan 2D atau 3D sebagai medium pengajaran. Oleh itu, saya akan menggunakan sebuah alat 3D yang dikenali sebagai “Panggung Mini” . Dengan menggunakan Panggung Mini ini, guru dapat menunjukkan susunan planet bermula dari Matahari sehinggalah ke planet Pluto. Selain itu, murid-murid juga dapat melihat perbezaan serta ciri-ciri antara planet.

Penggunaan bahan 3D dalam P & P sememangnya satu keperluan yang munasabah khususnya untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Bahan 3D adalah satu benda yang maujud di mana, ia dapat dipegang dan dirasai. Seperti yang kita tahu, pelajar sekolah rendah memerlukan bahan maujud untuk memperkukuhkan maklumat yand mereka perolehi. Selain itu, penggunaan bahan 3D juga membolehkan proses P&P berjalan dengan menarik apabila pelajar-pelajar dapat mengalami sendiri penggunaan bahan 3D di dalam kelas berbanding bahan 2D yang hanya dapat dilihat, tapi tidak dapat disentuh dengan menyeluruh.

Bahan-bahan untuk menghasilkan Panggung Mini:

· Kotak terpakai

· Kayu buangan

· Cat / Pewarna

· Plastik pembalut buku

· Pita perekat (salofantape)

· Kertas lukisan yang sudah siap dilukis mengikut subjek yang cuba diterangkan. (dalam topik ini, lukisan yang dihasilkan adalah planet-planet yang terkandung di dalam Sistem Suria)



Prosedur penggunaan:

i. Digunakan untuk sesi bercerita bersama murid-murid

ii. “Panggung Mini” diletakkan di atas sebuah meja. (tempat tinggi agar semua

murid berpeluang untuk melihat)

iii. Guru berperanan untuk memutarkan kayu pemutar.

iv. Apabila kayu pemutar digerakkan, lukisan-lukisan yang dilukis tadi akan bergerak secara berturutan.

v. Guru boleh bercerita mengikut susunan lukisan yang disediakan.

vi. Lukisan tersebut boleh ditukarkan dengan lukisan lain untuk topik seterusnya.

vii. “Panggung Mini” sesuai digunakan untuk pelbagai matapelajaran.

Dengan menggunakan Panggung Mini ini, guru boleh memutarkan kayu pemutar untuk menunjukkan urutan planet-planet dalam Sistem Suria dan juga boleh menerangkan ciri-ciri setiap planet. Secara tidak langsung, guru menyampaikan pengajarannya dalam bentuk bercerita dan ini dapat mengurangkan ketegangan emosi pelajar yang sentiasa belajar secara formal. Hal ini akan menjadikan P & P menjadi lebih menarik dan efektif di mana murid-murid mendapat input melalui pendekatan baru.