Contoh Media 2D & 3D

Category: By M@Ha KaRy@

Pilih satu media sama ada 2D atau 3D dan bincangkan penggunaannya dalam P & P dengan menggunakan satu topik.


















Dengan menggunakan sukatan KBSR Sains Tahun 4 mengenai topik “Bumi dan Alam Semesta” , saya akan menerangkan secara teperinci tentang Sistem Solar, ciri-ciri setiap planet yang terdapat di dalam Sistem Solar dan keistimewaan planet bumi dalam Sistem Solar. Selain mengajar mengikut kaedah konvesional, saya juga boleh menggunakan alternatif lain untuk mempelbagaikan teknik penyampaian agar pengajaran saya lebih bermakna serta berkesan.

Antara kaedah alternatif tersebut adalah dengan menggunakan bahan 2D atau 3D sebagai medium pengajaran. Oleh itu, saya akan menggunakan sebuah alat 3D yang dikenali sebagai “Panggung Mini” . Dengan menggunakan Panggung Mini ini, guru dapat menunjukkan susunan planet bermula dari Matahari sehinggalah ke planet Pluto. Selain itu, murid-murid juga dapat melihat perbezaan serta ciri-ciri antara planet.

Penggunaan bahan 3D dalam P & P sememangnya satu keperluan yang munasabah khususnya untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Bahan 3D adalah satu benda yang maujud di mana, ia dapat dipegang dan dirasai. Seperti yang kita tahu, pelajar sekolah rendah memerlukan bahan maujud untuk memperkukuhkan maklumat yand mereka perolehi. Selain itu, penggunaan bahan 3D juga membolehkan proses P&P berjalan dengan menarik apabila pelajar-pelajar dapat mengalami sendiri penggunaan bahan 3D di dalam kelas berbanding bahan 2D yang hanya dapat dilihat, tapi tidak dapat disentuh dengan menyeluruh.

Bahan-bahan untuk menghasilkan Panggung Mini:

· Kotak terpakai

· Kayu buangan

· Cat / Pewarna

· Plastik pembalut buku

· Pita perekat (salofantape)

· Kertas lukisan yang sudah siap dilukis mengikut subjek yang cuba diterangkan. (dalam topik ini, lukisan yang dihasilkan adalah planet-planet yang terkandung di dalam Sistem Suria)



Prosedur penggunaan:

i. Digunakan untuk sesi bercerita bersama murid-murid

ii. “Panggung Mini” diletakkan di atas sebuah meja. (tempat tinggi agar semua

murid berpeluang untuk melihat)

iii. Guru berperanan untuk memutarkan kayu pemutar.

iv. Apabila kayu pemutar digerakkan, lukisan-lukisan yang dilukis tadi akan bergerak secara berturutan.

v. Guru boleh bercerita mengikut susunan lukisan yang disediakan.

vi. Lukisan tersebut boleh ditukarkan dengan lukisan lain untuk topik seterusnya.

vii. “Panggung Mini” sesuai digunakan untuk pelbagai matapelajaran.

Dengan menggunakan Panggung Mini ini, guru boleh memutarkan kayu pemutar untuk menunjukkan urutan planet-planet dalam Sistem Suria dan juga boleh menerangkan ciri-ciri setiap planet. Secara tidak langsung, guru menyampaikan pengajarannya dalam bentuk bercerita dan ini dapat mengurangkan ketegangan emosi pelajar yang sentiasa belajar secara formal. Hal ini akan menjadikan P & P menjadi lebih menarik dan efektif di mana murid-murid mendapat input melalui pendekatan baru.

 

0 comments so far.

Something to say?