Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Category: By M@Ha KaRy@
Pengenalan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti pendekatan, kaedah dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan dan ianya saling lengka-melengkap antara satu sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain.
















Pendekatan


Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.
Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.

Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,
contohnya :-

a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

Pendekatan Induktif

Takrif
Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori.
Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan.

Konsep
Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum

Ciri-ciri
? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan
? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan
? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran
? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit
? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru
? Penglibatan murid secara aktif ditekankan
? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan
? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan Deduktif

Takrif
Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.
Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.

Konsep
? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum
? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

Prinsip
? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki
? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid
? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat murid
? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai
? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri
? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid
? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik

Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..

Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-

a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti berikut :-
i) Teknik bercerita
ii) Teknik berbincang
iii) Teknik penyelesaian masalah
iv) Teknik sumbangsaran
v) Teknik tunjuk cara
vi) Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab

Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.
Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.

Kaedah
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.
Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.
Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.
5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.




 

1 comment so far.

  1. Anonymous September 23, 2008 at 9:39 AM
    bagus la.....paham giler...

Something to say?